Kursus MUET telah diadakan pada hari Rabu bertarikh 8/2/2012 jam 2.30 petang. Kursus ini bertujuan untuk memberi tips dan teknik menjawab kertas MUET untuk bahagian "listening" dan "writing". Melalui dua komponen MUET yang perlu dikuasai, pelajar didedahkan cara untuk memperolehi Band 2 keatas. Kursus ini disampaikan oleh Encik Anthony Joseph. Melalui kursus ini pelajar diberi latihan yang dijawab bersama-sama. Selain itu, pelajar akan dapat menggunakan tips dan aplikasikannya semasa peperiksaan MUET yang akan berlangsung sama ada dalam bulan Mac, Julai, dan November. Kursus ini berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 4.30 petang yang mana beliau menerima penghargaan yang disampaikan oleh pensyarah MUET, Cikgu Nordin.
0 comments:
Post a Comment