Majlis Restu Ilmu Pra Universiti telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Guru, SMK Benut. Turut hadir di majlis ini Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua SMK Benut), Tuan Haji Abdul Razak Bin Nasiran (Penolong Kanan Pra Universiti), guru-guru Pra Universiti dan para pelajar Pra Universiti yang akan menduduki peperiksaan STPM pada tahun ini.
Tuan pengetua telah menyampaikan amanat terakhir beliau kepada para pelajar Pra Universiti sebelum mereka menduduki peperiksaan STPM. Tuan Pengetua mengharapkan semua pelajar berusaha bersungguh-sungguh dan pastikan keputusan 100 peratus lulus tercapai dan lebih ramai mendapat PNGK 4.00.
Sesudah amanat oleh Pengetua disampaikan, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru yang telah banyak membantu calon-calon STPM dalam pelbagai aspek. Tuan Haji Abdul Razak bin Nasiran telah mengiringi Tuan Pengetua untuk menyampaikan hadiah kepada guru-guru Pra Universiti.
Akhir sekali, selawat dimulakan dan para pelajar dikehendaki bersalam-salaman bersama guru-guru bagi memohon maaf dan restu sebelum menduduki peperiksaan yang akan menentukan masa depan mereka. Warga SMK Benut mendoakan kejayaan semua pelajar Pra Universiti yang akan menduduki peperiksaan STPM yang akan bermula 21 November 2011. Semoga para pelajar beroleh kejayaan yang cemerlang. Insyaallah.
0 comments:
Post a Comment