Darsawarsa, anak muda kian lupa erti kemerdekaan. Mereka menyambutnya setiap tahun seperti sambutan ulang tahun dan adat lama. Semestinya bukanlah itu erti kemerdekaan yang sebenar. Mengenang kembali perjuangan atuk nenek, menilai kembali dan memiliki jati diri yang utuhlah yang sebenarnya sangat bertepatan dengan makna 'merdeka' dalam Kamus Dewan; bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan. Bila bercakap mengenai kemerdekaan pula, boleh diertikan perkataan ini sebagai perihal merdeka. Tuntasnya, permasalahan yang timbul sekarang ialah 'sambutan kemerdekaan (perihal bebas dari penjajahan) yang bagaimana harus dilaksanakan oleh anak muda atau golongan yang lahir tanpa melihat peperangan dan perjuangan di depan mata mereka?'. Kerap kali persoalan seperti ini dianggap remeh dan tidak penting walhal perbuatan yang menunjukkan kita bebas daripada penjajahan ini mampu menjadikan kita sekelompok bangsa yang bersikap maju kehadapan. Adakah aktiviti menghias kelas ini salah satu aktiviti yang menunjukkan kita bebas? Bersama kita fikirkan~
p.s. Lontarkan pendapat anda di ruangan komen.
Monday, 20 February 2012
Menghias Kelas Sempena Sambutan Kemerdekaan
Posted by Laman Web Rasmi Majlis MPPU SMK BENUT at 05:41
Labels: ACTIVATE...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment