Aktiviti mingguan MPPU pada 7/9/2011 dan 8/9/2011 adalah perbincangan tentang khidmat masyarakat yang akan dijalankan. Keempat- empat platun MPPU dikehendaki memilih lokasi khidmat masyarakat sendiri. Jawatankuasa bagi program ini harus dilaksanakan oleh setiap kumpulan.Tempoh yang diberikan untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat ini dijalankan sehingga akhir bulan Oktober 2011. Setiap Platun dikehendaki menyediakan kertas kerja sepanjang aktiviti ini dijalankan.
MPPU 1 telah menjalankan program khidmat masyarakat pada 7 & 8 September 2011 sebaik sahaja tamat perbincangan. Lokasi tugasan MPPU 1 adalah di Bilik mesyuarat barisan guru SMK Benut.
Pada 21 & 22 September 2011, MPPU 2 telah memilih lokasi khidmat masyarakat di Kantin SMK Benut atau kini dikenali sebagai Bilik Gerakan SMK Benut. MPPU 2 bergotong-royong membersihkan kawasan kantin bagi menceriakan kawasan tersebut.
Lokasi makmal Komputer, Surau, dan Surau Tingkatan 6 SMK Benut dipilih sebagai lokasi program khidmat masyarakat bagi MPPU 3. Kumpulan MPPU 3 mendapat kerjasama daripada semua pihak.
MPPU 4 memilih untuk menanam pokok bunga dibeberapa lokasi seperti di hadapan Bilik Gerakan SMK Benut, di hadapan bilik Seni dan di hadapan Makmal Komputer.
0 comments:
Post a Comment